Tuesday, June 14, 2011

Daging Kucing Penguat Seks.. !! eeuwww :)

Malam sabtu I blik umah awal.Lepaksss dalam bilik sambil menonton drama TV3.Rindunya pada Komputer I yang dah lama tak belai.hehehe  sambil menonton, I baca akhbar tempatan.Satu persatu berita I baca. Hmm takde berita yang menarik..Tapi baru je nak lipat paper, I terbaca satu tajuk yang menarik perhatian I agar terus membaca.

Daging Kucing Penguat Seks.. !! eeuwww  :(

Subhanallah.. Rata-rata rakyat Malaysia khususnya rakyat melayu gemar menikmati kelazatan sate. Tapi kebanyakkan masyarakat Kemboja dan Thailand gemar sate kucing.

Mengikut penggemar sate di sana,daging kucing lebih sedap dari ayam dan lembu.Apatah lagi ia mudah diperolehi selain harganya jauh lebih murah dari ayam dan lembu iaitu 20 sen secucuk.Sate kucing mudah dibakar,lembut dan tahan lama.
Sebelum dijadikan sate,kucing tersebut akan dipukul sehingga mati lalu dibakar bulunya.

Menurut penjual sate di sana,mereka jua turut menjual sate cicak,tikus,belalang,lipas dan banyak lagi.Di majlis keramaian,sate kucing menjadi sebahagian dari hidangan utama.Selain berkhasiat,daging kucing sesuai untuk penguat seks kerana ia member  kekuatan ke atas mereka yang kerap makan sate ini.Ia sebagai tonik kuat yang berkesan.

Sesungguhnya masa I nak taip artikel ni ni pun tekak I dah loya dan terasa sedih sangat mengenangkan nasib kucing2 yang manja dan comel di sana.Actually dalam paper ni ada sertakan beberapa gambar,tapi I tak sanggup nak post sekali.

Kucing adalah binatang kesayangan Nabi.Bagi mereka yang ada pelihara kucing atau di kawasan rumah ada kucing terbiar.Peliharalah mereka sebaiknya.

Percayalah….. apabila kita menjaga dan memberi makanan kepada kucing, Allah membalas kebaikan itu dengan memberi kita rezeki.Apa yang penting adalah Keikhlasan..  :)