Saturday, July 2, 2011

Sijil @ pengalaman ? mana yang lebih perlu ??

      Hai guys & girls.Jumpa lagi kita hari ini ...Macam mana dengan keje u alls? Harap2 sume ok yek.Keje rajin2 dan biar keje tertangguh.Dan yang paling penting keje untuk diri sendiri, bukan sebab nak `bodek' atau  ` kipas' bos!!
      Act i bukan nak membebel pasal hal keje. U alls wat keje bagus atau tidak.Berapa banyak keje u pending. TIDAK !! i cuma nak bercerita pasal KEJE , SIJIL DAN PENGALAMAN..
     Di Malaysia ni masih ramai penganggur.Ada yang baru habis sekolah,dibuang kerja,tamat kontrak.malah ada juga siswazah yang menganggur.Kenapa macam ni eh? Bukan diorang tak nak cari keje.Tapi sebenarnya susah mencari keje! Kalau tengok kat surat khabar,papan iklan,banner atau dimana2.Mesti ada kerja kosong kan? ada tu siap bitau Urgent! Kemasukan Segera!Tapi kenapa masih tak dapat kerja? 


 Jawapannya ?? 


    Kebanyakkan syarikat memang memerlukan pekerja.Tapi kebiasaanya,pengalaman minimum 1 tahun adalah salah satu syarat wajib.Gaji pulak kekadang bergantung kepada kemahiran atau pengalaman. Act i berminat nak cite pasal topik ni bila seseorang yang meluahkan perasaan pada i. 
    Dia seorang siswazah yang baru abis belajar. Ijazah lagi. Tapi knape dia susah nak cari keje? Bila interview, pegawai tu akan cakap ` Minta maaf cik. Kami memerlukan seaseorang yang ada pengalaman sekurang2nya 1 tahun.' Jadi kalau itu la jawapan yang diterima. Macam mana dia nak timba pengalaman? Mana lagi nak cari kerja kalau semua pegawai cakap macam tu?.Selalunya i akan bagi dia semangat.Tiap kali dia `down', i akan sentiasa naikkan dia semula. Tapi bila dia cakap macam tu. I terus `speechless'.. tak tau nak jawab apa.Sebab tugas i sebagai seorang HR, agak sukar untuk menerangkan mengapa kebanyakkan syarikat akan meletakkan syarat2 begitu.Selepas terdiam beberapa minit,i cuma pesan kalau itu yang diorang nak.Apa saja kerja yang dapat nanti, jangan memilih atau lepaskan. Lupakan ijazah dan gaji.Cari pengalaman selama 1 tahun. Dan fahami dunia pekerjaan serta kenali rentak kawan sekerja.Itu langkah pertama.Yang kedua, sentiasa merendah diri bagi menimba ilmu atau meminta tunjuk ajar.


Itu la pesan i pada dia.Juga bagi u alls yang masih mencari atau menghadapi situasi yang sama.

Tuesday, June 14, 2011

Daging Kucing Penguat Seks.. !! eeuwww :)

Malam sabtu I blik umah awal.Lepaksss dalam bilik sambil menonton drama TV3.Rindunya pada Komputer I yang dah lama tak belai.hehehe  sambil menonton, I baca akhbar tempatan.Satu persatu berita I baca. Hmm takde berita yang menarik..Tapi baru je nak lipat paper, I terbaca satu tajuk yang menarik perhatian I agar terus membaca.

Daging Kucing Penguat Seks.. !! eeuwww  :(

Subhanallah.. Rata-rata rakyat Malaysia khususnya rakyat melayu gemar menikmati kelazatan sate. Tapi kebanyakkan masyarakat Kemboja dan Thailand gemar sate kucing.

Mengikut penggemar sate di sana,daging kucing lebih sedap dari ayam dan lembu.Apatah lagi ia mudah diperolehi selain harganya jauh lebih murah dari ayam dan lembu iaitu 20 sen secucuk.Sate kucing mudah dibakar,lembut dan tahan lama.
Sebelum dijadikan sate,kucing tersebut akan dipukul sehingga mati lalu dibakar bulunya.

Menurut penjual sate di sana,mereka jua turut menjual sate cicak,tikus,belalang,lipas dan banyak lagi.Di majlis keramaian,sate kucing menjadi sebahagian dari hidangan utama.Selain berkhasiat,daging kucing sesuai untuk penguat seks kerana ia member  kekuatan ke atas mereka yang kerap makan sate ini.Ia sebagai tonik kuat yang berkesan.

Sesungguhnya masa I nak taip artikel ni ni pun tekak I dah loya dan terasa sedih sangat mengenangkan nasib kucing2 yang manja dan comel di sana.Actually dalam paper ni ada sertakan beberapa gambar,tapi I tak sanggup nak post sekali.

Kucing adalah binatang kesayangan Nabi.Bagi mereka yang ada pelihara kucing atau di kawasan rumah ada kucing terbiar.Peliharalah mereka sebaiknya.

Percayalah….. apabila kita menjaga dan memberi makanan kepada kucing, Allah membalas kebaikan itu dengan memberi kita rezeki.Apa yang penting adalah Keikhlasan..  :)

Tuesday, March 8, 2011

Kelemahan orang pakai spek

Sape kat sini yang rabun, sila angkat tangan !... Wah ramainye yang angkat tangan.Opss spek itam tidak dikira ye cik abang.Tu bukan rabun. Tu namanya cover mata bia tak kantoi klu skodeng awek lain time dating. Teetttt   hahaha   :)

Ok2.. back to story.. I start pki spek since I primary lagi.Darjah 4 I da start pki spek. Semuanya gara2 I salalu main game duduk betul2 depan tv & suka baca buku dalam suasana samar2. Not good for ur eyes ok sister2 and bro2.Biasala dulu tme kecik2, kite mana tau fesyen kan.Ibu ayah kita yang tentukan kite pakai apa.So dulu ayah I suka beli kan I spek yang cermin besar2. Bentuk bulat or 4 segi..hahahaha I kalau tengok gambar I yang lama mesti I cakap ` rupanya dulu I pakai spek screen Plasma ‘ hehehe.. Takleh nak salahkan ayah sebab tak belikan spek yang kiut miut sebab I seorang yang lasak so perlu spek yang berbingkai kasar agar tak senang patah.hehehe

hmm kelemahan bagi orang yang pakai spek??
1.       1.   Setiap 2 tahun sekali perlu tukar spek baru sebab power spek lama akan membuatkan kita pening kepala. Faktor jadi macam tu sebab bingkai longgar & sure sebab u all suka letak merata-rata.Kekadang tido pun bertemankan spek. Betul x? hehe

2.     2.  Kene kumpul wit bebanyak sebab kos bagi wat spek paling murah pun lebih kurang RM 500 keatas, adakalanya leh cecah riban-riban dan sentiasa ada design baru. Kekadang stail orang pakai spek kiut miut…pastu yang kaler2 and fancy..back to old school..bingkai besar or tebal. Mmmm macam2 la.

3.       3.Orang rabun yang agak teruk akan jadi pekak bila tak pakai spek. Hahaha Sape yang rabun mesti akui apa yang I cakap kan.Bila seseorang bercakap dengan kite time kite tak pakai spek,kite takleh faham atau dengar dengan jelas apa yang dia cakap sebab kite tidak memandang gerak bibir dia bercakap.  Hehehe 

4.      4. Kite leh jadi macam orang buta. Teraba cari barang2.Lagi parah bila kite lupa kat mana kite letak spek & mula teraba sana sini.Memang susah nak jumpa bila spek tu lak sama kaler dengan tempat yang kite letak. Hehehe memang meradang la jadinya.Last2 sure kene minta tolong orang lain carikan. :)


Kalau u all tanya pendapat I,seronok tak pakai spek ni? I akan jawab seronok sebab Nampak macam budak baik je kan. Macam educated lak walaupun sekolah selalu ponteng kelas. Hehehe Tapi adakalanya I rimas sebab kene bergantung kepada spek.Kalau I dah tua nanti,da berumur 70 tahun,mesti lagi susah kalau mata I makin tak jelas.Tengok suami pun leh jadi cucu. Hahaha  kene cucu bawak main spek I konon ingat teropong. Lagi naya i.Kalau patah,da tak pasal2 I kene pakai google.hihihi

Tapi kalau la I ada wit, confirm I akan buat `laser’ macam pelakon Adi Putra. Sooooo  jeles bila tengok dia da tak perlu pakai spek.Jari tengah dia pun tak penat nak tolak naik spek bile melurut ke bawah.huhu

p.s : Sape ada petua atau produk yang leh kurangkan rabun ni? Sila bitau I ok..  :)