Saturday, July 2, 2011

Sijil @ pengalaman ? mana yang lebih perlu ??

      Hai guys & girls.Jumpa lagi kita hari ini ...Macam mana dengan keje u alls? Harap2 sume ok yek.Keje rajin2 dan biar keje tertangguh.Dan yang paling penting keje untuk diri sendiri, bukan sebab nak `bodek' atau  ` kipas' bos!!
      Act i bukan nak membebel pasal hal keje. U alls wat keje bagus atau tidak.Berapa banyak keje u pending. TIDAK !! i cuma nak bercerita pasal KEJE , SIJIL DAN PENGALAMAN..
     Di Malaysia ni masih ramai penganggur.Ada yang baru habis sekolah,dibuang kerja,tamat kontrak.malah ada juga siswazah yang menganggur.Kenapa macam ni eh? Bukan diorang tak nak cari keje.Tapi sebenarnya susah mencari keje! Kalau tengok kat surat khabar,papan iklan,banner atau dimana2.Mesti ada kerja kosong kan? ada tu siap bitau Urgent! Kemasukan Segera!Tapi kenapa masih tak dapat kerja? 


 Jawapannya ?? 


    Kebanyakkan syarikat memang memerlukan pekerja.Tapi kebiasaanya,pengalaman minimum 1 tahun adalah salah satu syarat wajib.Gaji pulak kekadang bergantung kepada kemahiran atau pengalaman. Act i berminat nak cite pasal topik ni bila seseorang yang meluahkan perasaan pada i. 
    Dia seorang siswazah yang baru abis belajar. Ijazah lagi. Tapi knape dia susah nak cari keje? Bila interview, pegawai tu akan cakap ` Minta maaf cik. Kami memerlukan seaseorang yang ada pengalaman sekurang2nya 1 tahun.' Jadi kalau itu la jawapan yang diterima. Macam mana dia nak timba pengalaman? Mana lagi nak cari kerja kalau semua pegawai cakap macam tu?.Selalunya i akan bagi dia semangat.Tiap kali dia `down', i akan sentiasa naikkan dia semula. Tapi bila dia cakap macam tu. I terus `speechless'.. tak tau nak jawab apa.Sebab tugas i sebagai seorang HR, agak sukar untuk menerangkan mengapa kebanyakkan syarikat akan meletakkan syarat2 begitu.Selepas terdiam beberapa minit,i cuma pesan kalau itu yang diorang nak.Apa saja kerja yang dapat nanti, jangan memilih atau lepaskan. Lupakan ijazah dan gaji.Cari pengalaman selama 1 tahun. Dan fahami dunia pekerjaan serta kenali rentak kawan sekerja.Itu langkah pertama.Yang kedua, sentiasa merendah diri bagi menimba ilmu atau meminta tunjuk ajar.


Itu la pesan i pada dia.Juga bagi u alls yang masih mencari atau menghadapi situasi yang sama.

No comments: